CARA BAYARAN SAMAN TRAFIK DI ATM MAYBANK 2022

CARA BAYARAN SAMAN TRAFIK DI ATM MAYBANK 2022

Mesti ramai yang tiada masa untuk beratur untuk membayar saman di kaunter tambahan pula pada hari yang diberikan diskaun sempena hari tertentu. Tapi sudah tentu kita pun tidak mahu melepaskan peluang untuk membayar sama jika terdapat diskaun.

Seperti yang anda tahu, pembayaran saman boleh dilakukan di beberapa tempat seperti

  • Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
  • Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

Jadi kami ingin memudahkan urusan korang dengan menunjukkan cara untuk membayar saman menggunakan mesin ATM sahaja.

sebelum membayar anda mestilah membuat semakan saman terlebih dahulu.

Baca juga : Cara Semak Tracking J&T : Panduan dan Cara Semak Traking J&T online

CARA SEMAK SAMAN TRAFIK

Berikut adalah cara semak saman trafik :

  1. Sila masuk ke laman web rasmi semak saman disini : https://mybayar.rmp.gov.my/en
  2. Klik menu Dropdown ‘Pilihan Carian’ untuk memilih kaedah carian sama ada mengunakan No Kad Pengenalan (ID) sahaja atau No ID dan No Kenderaan sahaja.
  3. Kemudian pada ‘Kategori ID’ sila pilih jenis pengenalan diri. CONTOH: ‘Orang Awam Malaysia (MYKAD).
  4. Masukkan No ID atau No ID & No Kenderaan.
  5. Masukkan No Sekuriti (CAPTCHA) dan klik butang ‘SEMAK’

CARA BAYARAN SAMAN TRAFIK DI ATM MAYBANK

Haa lepas membuat semakan saman, barulah anda membuat pembayaran saman… yaa kami tahu mesti anda malas untuk beratur dan tidak mempunyai masa yang lebih untuk membuat pembayaran bukan? Jadi kami telah menunjukkan cara yang mudah untuk membuat pembayaran saman di atm tapi ingat,, hanya untuk ATM MAYBANK sahaja.

  1. Tekan button “Paybill”boleh gunakan mana-mana atm maybank.
  2. Tekan “Pembayaran Saman PDRM”
  3. Pilih button “Teruskan” di sebelah kiri.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / No. IC.
  5. Akhir sekali, teruskan pembayaran anda dan Transaksi Berjaya.
  • Pastikan jumlah pembayaran anda adalah betul dan jangan lupa untuk mengambil resit sebagai bukti jika berlakunya sebarang masalah.
  • Anda juga boleh mengambil langkah selamat dengan menelefon pihak Trafik untuk mengetahui status pembayaran saman.

Kaedah pembayaran menggunakan ATM adalah lebih mudah dan menjimatkan masa. Kebiasaannya, setelah selesai membuat pembayaran di mesin ATM, rekod saman anda akan terus terpadam daripada sistem.

1 thought on “CARA BAYARAN SAMAN TRAFIK DI ATM MAYBANK 2022”

Leave a Comment