Cara Buat Temujanji Puspakom – Panduan Membuat Temujanji Pemeriksaan Puspakom

Cara Buat Temujanji Puspakom – Panduan Membuat Temujanji Pemeriksaan Puspakom

Jika ada perkara yang berkaitan dengan pemeriksaan kenderaan, PUSPAKOM adalah agensi yang menyelaras untuk seluruh Malaysia. Sekiranya anda sudah biasa melihat suasana semasa pemeriksaan kenderaan sudah pasti anda faham kesesakan yang mungkin berlaku pada masa tersebut.

Megambil kira faktor diatas, PUSPAKOM telah menyediakan satu sistem MyPUSPAKOM. Sistem ini digunapakai bermula 28 Ogos 2017 dan setakat 2020, telah diperluaskan untuk semua Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara.

Perkongsian ini akan menceritakan kepada anda langkah – langkah untuk anda cara  daftar MyPUSPAKOM online untuk kemudahan dimasa hadapan.

MyPUSPAKOM merupakan satu mekanisma untuk membuat temujanji dan bayaran pemeriksaan kenderaan atas talian dengan melayari laman sesawang atau aplikasi mudah alih. Sistem ini bertujuan menyediakan kemudahan membuat temujanji pemeriksaan kenderaan yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta amat mesra pelanggan.

 

Cara Buat temujanji puspakom

 

CARA DAFTAR MyPUSPAKOM (https://www.mypuspakom.com.my)

Berikut adalah cara daftar MyPuspakom :

  1. Layari portal https://www.mypuspakom.com.my. Tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;
  2. Kemudian pada paparan Register, anda masukkan Account Type samaada Company atau Individual. Pilih salah satu yang berkaitan.
  3. Masukkan akauan email anda yang sah dan sertakan Password dan sahkan Password tersebut.
  4. Seterusnya adalah Information. Company atau individual berdasarkan pilihan yang telah anda buat tadi. Pada bahagian ini kebiasaannya diminta untuk masukkan nama dan butiran alamat.
  5. Seterusnya masukkan Required Documents yang diperlukan. Pada bahagian ini, format file yang diterima adalah pdf, jpg, png atau bmp. Sila pastikan file anda mengikut format yang betul.
  6. File yang diperlukan adalah gambar MyKad pemilik dan geran kenderaan.
  7. Tekan butang Register setelah anda selesai memuat naik file yang diminta.
  8. Setelah selesai pendaftaran anda boleh menelefon ke bahagian Customer Service PUSPAKOM di talian 1 800 222 210 untuk memaklumkan pendaftaran bagi mempercepatkan proses.
  9. Pendaftaran anda selesai.

 

Cara Buat Temujanji Puspakom Pemeriksaan MyPUSPAKOM Online

Untuk membuat janji temu anda mestilah login ke akaun yang telah anda register tadi di portal PUSPAKOM (https://www.mypuspakom.com.my)

 

  1. Pada halaman utama portal tersebut masukkan emel dan kata laluan yang anda sahkan, kemudian pilih New Reservation.
  2. Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan seperti kategori kenderaan, jenis kenderaan, kelas kegunaan dan sebagainya. Sila pastikan detail kenderaan anda lengkap untuk pengisian maklumat.
  3. Kemudian, pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan adalah tertakluk pada situasi dan keadaan. Anda boleh masa yang sesuai berdasarkan jadual yang terpapar.
  4. Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir. Masukkan nama, nombor IC dan nombor telefon pada ruangan bahagian yang disediakan. Klik pada kotak pengesahan.
  5. SAHKAN maklumat janji temu anda pada paparan berikutnya. Buat pemeriksaan detail yang anda beri sekali lagi pada paparan comfirmation. Tekan confirm jika sudah betul.
  6. BAWA bersama dokumen-dokumen berikut semasa pemeriksaan seperti kad pengenalan, geran kereta atau sijil pemilikan kenderaan/vehicle ownership certificate(VOC) asal atau salinan yang telah diperakui;
  7. SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet) dan tekan Proceed to Payment.
  8. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima Slip Pengesahan Temujanji. Anda dikehendaki untuk mencetak slip tersebut dan;
  9. Bawa bersama SLIP PENGESAHAN JANJI TEMU semasa pemeriksaan.

 

Baca juga : Cara Daftar SSM Online

 

SOALAN LAZIM

Selain temujanji melalui MyPUSPAKOM online bolehkah saya menghubungi cawangan atau talian 03-51017000 untuk melakukan temujanji?

 Tidak. Pihak Cawangan atau Pusat Khidmat Pelanggan tidak boleh melakukan temujanji bagi pihak pelanggan.

 

Selain MyPUSPAKOM, pelanggan boleh hadir menggunakan Kiosk MyPUSPAKOM yang terdapat di cawangan PUSPAKOM Padang Jawa, Shah Alam, Batu Caves, Taman Bukit Maluri dan Wangsa Maju.

 Bilakah saya boleh melakukan temujanji melalui MyPUSPAKOM?

  • Cawangan PUSPAKOM

Temujanji boleh dilakukan seawal 1 bulan dan selewat- lewatnya 12 jam sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki.

(Tertakluk kepada slot yang tersedia).

NOTA: Pelanggan dibenarkan untuk melakukan penjadualan semula, sila rujuk ‘Penjadualan Semula Temujanji’.

  • Perkhidmatan Bergerak Trak

(Hanya untuk Pelanggan yang mendapat kelulusan daripada JPJ sahaja).

Temujanji melalui MyPUSPAKOM boleh dilakukan selewat- lewatnya 3 hari bekerja sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki.

(Tertakluk kepada slot yang tersedia).

  • Perkhidmatan Bergerak Van

Temujanji melalui MyPUSPAKOM boleh dilakukan selewat- lewatnya 3 hari bekerja sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki.

(Tertakluk kepada slot yang tersedia).

Bolehkah temujanji pemeriksaan yang telah dibuat digunakan di cawangan berlainan?

 Tidak boleh. Temujanji pemeriksaan hanya boleh digunapakai di cawangan seperti yang telah ditetapkan mengikut temujanji pelanggan dan tertera di Slip Pengesahan Temujanji

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan CARA DAFTAR MyPUSPAKOM/ janji temu MyPUSPAKOM sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau e-mel ke [email protected] atau Live Chat di www.mypuspakom.com.my untuk bantuan.

Leave a Comment