CARA DAFTAR PICKIDS MELALUI MYSEJAHTERA

CARA DAFTAR PICKIDS MELALUI MYSEJAHTERA

Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak atau singkatannya PICKids telah bermula. Ibu bapa digalakkan untuk mendaftar vaksinasi anak-anak berusia 5 – 11 tahun melalui aplikasi MySejahtera yang telah memperkenalkan ciri baru khusus untuk PICKids.

BACA JUGA: QR CODE MYSEJAHTERA UNTUK MAJLIS / KENDURI /PROGRAM

Melalui ciri baru di aplikasi MySejahtera yang dikenali sebagai Sistem Janji Temu, ibu bapa boleh memilih tarikh, masa, tempat dan jenis vaksin untuk anak-anak.


Cara-cara untuk daftar PICKids: 

1. Buka aplikasi MySejahtera yang telah dimuat turun
2. Pilih laman utama aplikasi MySejahtera
3. Pilih butang Vaksinasi COVID-19
4. Daftar nama anak (boleh melebihi seorang) sebagai tanggungan vaksinasi
5. Pilih nama anak yang ingin divaksinasi
6. Selepas berjaya didaftarkan, pautan janji temu akan diberikan secara berperingkat melalui notifikasi di MySejahtera atau SMS
7. Semakan di MySejahtera untuk janji temu vaksinasi perlu disemak dari semasa ke semasa
8. Sila ikut arahan yang diberikan di aplikasi dan klik ‘SAHKAN’
9. Pilih jenis vaksin ‘PFIZER (CHILDREN) untuk anak yang ingin divaksinasi dan klik SAHKAN
10. Pilih PPV atau masukkan poskod yang berdekatan untuk CARI tempat vaksinasi
11. Slot janji temu vaksinasi boleh ditetapkan oleh penjaga. Boleh klik LIHAT SELANJUTNYA di aplikasi MySejahtera untuk menyemak slot yang ada
12. Sila semak nama PPV, jenis vaksin, tarikh dan masa yang telah dipilih dan klik SAHKAN
13. Pengesahan untuk slot janji temu vaksinasi anak akan dipaparkan di laman vaksinansi anak
14. Pembatalan slot temu janji vaksinasi boleh dibuat sekiranya tersalah pilih tarikh, masa, PPV dan jenis vaksin melalui pautan di aplikasi.
15. Slot baru untuk vaksinasi boleh ditempah sekiranya telah membuat pembatalan slot sedia ada.

Penambahbaikan di aplikasi MySejahtera akan memudahkan ibu bapa untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian mereka. Paling penting bagi ibu bapa untuk memastikan jenis vaksin yang dipilih iaitu PFIZER kerana itu adalah vaksin yang telah disyorkan oleh KKM untuk anak-anak berusia 5-11 tahun.

Bersama-samalah kita sebagai ibu bapa memilih yang terbaik untuk anak-anak yang juga memerlukan perlindungan daripada jangkitan COVID-19 yang masih menular di negara ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids

 

Leave a Comment