Cara Daftar SSM Online : Panduan Lengkap Mendaftar Perniagaan Secara Online

Cara Daftar SSM Online : Panduan Lengkap Mendaftar Perniagaan Secara Online

Kepada anda yang baru memulakan perniagaan dan ingin serius melakukan perniagaan tersebut, kini anda boleh mendaftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM.

Berikut dikongsikan cara daftar SSM online.

Lebih cepat dan mudah!

Jom ketahui lebih lanjut tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar perniagaan anda.

Baca juga : Cara Memohon PTPTN Secara Online

Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di SSM

Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

Ini bermakna, selain bisnes penjualan barang-barang atau makanan, servis tertentu seperti khidmat rider atau freelance juga termasuk antara perniagaan yang boleh didaftarkan.

Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan

bentuk perniagaan adalah seperti berikut:

  • Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh
  • seorang pemilik.
  • Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi

Syarat Pendaftaran Perniagaan

  1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Lain-lain panduan / syarat yang berkaitan:

  • Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  • Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  • Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  • Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.

Cara Daftar SSM Online

cara datar ssm online

Cara register SSM adalah melalui prosedur berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
  3. Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.
  5. Tekan butang REGISTER.
  6. Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.
  7. Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
  8. Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
  9. Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.
  10. Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
  11. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW 1 BUSINESS REGISTRATION.
    • Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
    • a) Nama perniagaan
    • b) Tarikh permulaan perniagaan
    • c) Alamat utama perniagaan
    • d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    • e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
    • f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
    • g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  12. Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
  13. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  14. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

Bayaran Pendaftaran ezBiz SSM

Fi / bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat di SSM adalah seperti berikut:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Panduan Memilih Nama Perniagaan

Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.

  • Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy
  • Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.

3 thoughts on “Cara Daftar SSM Online : Panduan Lengkap Mendaftar Perniagaan Secara Online”

Leave a Comment