Cara Memohon PTPTN : Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online 2021

Cara Memohon PTPTN : Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online 2021

Apa itu PTPTN?

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. Ianya selaras dengan Seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) iaitu Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di bawah:

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
  • Akta Institut Teknologi MARA 1976
  • Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
  • Politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996
  • Mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Baca juga : Cara Semakan Keputusan iCitra KWSP

Cara Memohon PTPTN Secara Online

cara memohon ptptn

Sebelum membuat permohonan pastikan anda telah :

  • Menerima tawaran IPT
  • Memiliki salah satu nombor akaun SSPN
  • Mempunyai akaun bank mengikut panel bank IPT anda
  • Membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman

Langkah Pendaftaran Permohonan Pinjaman :

  1. Masuk ke laman web permohonan pinjaman online : https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/
  2. Tekan pilihan Pendaftaran Permohonan Pinjaman 
  3. Tekan butang Daftar
  4. Tekan butang Bayar
  5. Teruskan dengan tekan butang Bayar Dengan FPX
  6. Pastikan anda terima resit bayaran untuk rujukan
  7. Pelajar akan dibawa terus ke laman web Permohonan Online
  8. Sila lengkapkan segala permohonan maklumat yang di minta
  9. Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu. Klik pada senarai pendaftaran yang
    berstatus Belum Lengkap.
  10. Sistem akan memaparkan pop-up peringatan dan tekan butang OK.
  11. Lengkapkan butiran peribadi. Pastikan medan bertanda * adalah wajib diisi. Sila tandakan checkbox sekiranya alamat sama seperti alamat surat menyurat. Tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat.
  12. Lengkapkan butiran pekerjaan pemohon. Pastikan medan bertanda * adalah wajib diisi. Tekan butang Simpan atau seterusnya untuk menyimpan maklumat. Tekan butang Padam sekiranya ingin mengemaskini semula maklumat.
  13. Lengkapkan butiran penjaga atau pasangan. Pastikan medan bertanda * adalah wajib diisi. Tekan butang Simpan dan Seterusnya untuk menyimpan maklumat.
  14. Lengkapkan butiran kursus. Pastikan medan bertanda * adalah wajib diisi. Tekan butang Simpan atau Simpan seterusnya untuk menyimpan maklumat.
  15. Sila membuat pengesahan maklumat yang telah diisi dan pastikan maklumat tertera adalah tepat. Tekan butang YA untuk pengesahan atau butang TIDAK untuk semakan semula permohonan.
  16. Sila membuat cetakan permohonan yang telah berjaya dihantar.

Boleh rujuk panduan lengkap pdf yang disediakan : PDF PERMOHONAN PTPTN ONLINE

 

 

1 thought on “Cara Memohon PTPTN : Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online 2021”

Leave a Comment