Cara Memohon Rumah Selangorku : Panduan memohon rumah selangorku

Cara Memohon Rumah Selangorku : Panduan Cara Memohon Rumah Selangorku

Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak dalam negeri tu.Negeri Selangor adalah salah satu negeri di Malaysia yang terkenal, dan ada penduduk yang ramai.

Oleh sebab tu lah perumahan mampu milik adalah isu yang serius untuk kebanyakan orang yang nak menjadikan negeri ni sebagai rumah abadi dorang. So, kiranya lagi mencabar untuk keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana untuk mencari rumah yang sesuai.

Skim ni memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik Selangor, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka. Inisiatif ini diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), organisasi perumahan negeri itu tersendiri.

Ia mula diperkenalkan pada tahun 2014, dan direka untuk bagi semangat dan sokongan pada pemaju untuk membina rumah mampu milik Selangor yang selari dengan matlamat organisasi tu. Jadi, rumah tu perlu lah berkualiti dan memenuhi keperluan warga tempatan yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan.

 

cara memohon rumah selangorku

Siapa Yang Layak Untuk Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang direka untuk menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor.

Kiranya macam skim-skim lain, mesti ada syarat-syarat tertentu yang pemohon kena penuhi sebelum dikira layak untuk mendapat skim ni:

  • Berumur lebih dari 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Selangor
  • Belum lagi memiliki hartanah
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
  • Satu permohonan Rumah Selangorku saja untuk setiap isi rumah
  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon

Apakah Jenis Hartanah Yang Terlibat Dengan Rumah Selangorku?

Skim ni memang dah mula pada tahun 2014 lagi, tapi ada perubahan yang dibuat sejak tahun 2018 dan ke atas.

Dibawah initiatif Rumah Selangorku 2.0 yang baru, telah wujudnya rangka kerja yang baru untuk perumahan mampu milik dibawah skim ni.

Rumah Selangorku adalah skim yang mempromosikan pelbagai jenis unit, bergantung pada pilihan dan tahap pendapatan korang.

Ia dibahagikan pada kategori rumah A, B, C, D, dan E, dengan kriteria kelayakan yang berbeza bergantung kepada pendapatan isi rumah pemohon:

  • Type A: Maksimum RM3,000/bulan (pendapatan isi rumah)
  • Type B, C, D, E: Maksimum RM3,001 – RM10,000/bulan (pendapatan isi rumah)

Perubahan pada Rumah Selangorku 2.0 paling banyak sekali bagi impak pada rumah kategori D, yang ni kira kategori dengan harga tertinggi dalam skop rumah mampu milik yang dibina bawah Rumah Selangorku.

Nak tau apa jenis unit dan saiz yang ada pada Rumah Selangorku 2.0?

Okay, jenis unit tu memang ada macam-macam yang korang boleh pilih, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan (info ni diambil dari REHDA Selangor):

5 Jenis Apartment Rumah Selangorku & Ciri-Cirinya

Type A

• 700 kps

• RM 42,000

Type B

• 750 kps

•RM 100,000

Type C

• 800 kps

•RM150,000

Type D

• 900 kps

•RM 200,000

Type E*

• 900 kps

•RM 250,000

4 Jenis Rumah Bertingkat (Teres/ Townhouse) Rumah Selangorku & Ciri-Cirinya

Type A

• 700 kps

• RM 42,000

Type B

• 750 kps

•RM 100,000

Type C

• 1,000 kps

•RM 200,000

Type D

• 900 kps

•RM 250,000

* Hanya tertakluk kepada kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Petaling Jaya City Council, or MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Ampang Jaya Municipal Council, or MPAJ), dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (Subang Jaya Municipal Council, or MPSJ).

** Rumah bandar di bawah skim ini diperuntukkan pada dua (2) pemilik setiap satu lot / blok rumah bandar.

Baca juga : Cara Memohon Rumah PR1MA

Cara Memohon Rumah Selangorku

Permohonan Rumah Selangorku kena buat online melalui laman web mereka iaitu http://lphs.selangor.gov.my/

Skim ni lain sikit dari yang ada, sebab korang memang tak boleh buat permohonan Rumah Selangorku melalui borang yang dicetak atau secara peribadi – memang semua kena buat online!

Bila dah daftar akaun, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen kat bawah ni untuk sahkan kelayakan untuk skim perumahan:

  • Salinan kad identiti
  • Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan)
  • Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan)
  • Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan)
  • Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan)
  • Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan)
  • Salinan bil utiliti
  • Report kredit seperti CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) dan/atau CTOS (Credit Tip-Off Service)

Pemohon Rumah Selangorku dinilai berdasarkan sistem merit, dengan membandingkan kriteria kelayakan dengan potensi merit dorang.

Kalau pemohon tu berjaya, dorang akan dapat surat atau emel untuk sahkan yang mereka terpilih untuk mendapat rumah dibawah skim ni.

 

Apa Lagi Yang Nak Kena Tahu Tentang Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku adalah skim perumahan penting yang bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik Selangor untuk rakyat.

So, bukan semua orang boleh dapat ye, sebab ada syarat-syarat yang terikat dengan penjualan rumah ni:

  • Tuan rumah tak boleh menjual rumah dalam masa 5 tahun selepas membeli
  • Ada panduan yang menyatakan pemilik tak boleh menyewakan rumah pada orang lain
  • Permohonan Rumah Selangorku ni aktif selama 2 tahun
  • Pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun
  • Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun (jadi, sebelum nak tolak tu, fikir betul-betul ya)

Leave a Comment