Cara Pecah Lot Tanah : Panduan Pecah Bahagian Tanah Individu

Cara Pecah Lot Tanah : Panduan Pecah Bahagian Tanah Individu

Sekiranya anda mempunyai tanah yang dalam zon perumahan. Anda perlulah segera untuk melakukan pecah tanah  untuk mengeluarkan lot geran individu. Hal ini memudahkan anda membina rumah atau menjual tanah tersebut dengan nilai yang tinggi.

cara pecah lot tanah

 

 

Berikut adalah cara pecah lot tanah geran individu :

1. Pastikan lokasi tanah berada dalam zoning kawasan perumahan. Anda perlu menyemak dengan bahagian perancangan bandar Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran bagi memastikan tanah tersebut dalam zoning perumahan.

2. Bagi memudahkan anda, tanah tersebut tidak digadaikan kepada mana-mana bank atau ada kaveat ke atasnya.

3. Tanah yang hendak dibeli juga bukan dalam urusan pusaka.

4. Hanya seorang pemilik berdaftar dalam geran hak milik.

5. Pemilik berdaftar masih hidup. Jika pemilik tanah yang hendak dibeli telah mati. Maka urusan anda akan menjadi rumit.

6. Kawasan tanah tersebut mempunyai infastruktur seperti jalan masuk yang telah digazetkan,tiang elektrik berdekatan dan saliran.

7. Lantik peguam hartanah yang bertauliah untuk urusan semua urusan. Segala urusan jual beli dan pindah milik akan lebih mudah dan mengikut proses undang-undang.

8. Lantik juru ukur yang bertauliah untuk urusan pecah bahagi dan tukar syarat tanah pertanian kepada tanah lot bangunan.Selain itu, juru ukur akan membantu dalam memberi khidmat nasihat bagi layout yang sesuai untuk tanah anda.

9. Lantik seorang projek manager profesional yang berpengalaman dalam urusan pecah lot.

10. Tempoh masa untuk selesai. Urusan pecah tanah lot mengambil masa dalam satu tahun hingga satu tahun setengah . Namun ia mengambil masa juga untuk selesai memperolehi geran individu.

Baja juga : Cara Daftar SSM Online

Antara kadar kos yang perlu disediakan adalah seperti berikut :

JENIS FEES DAN BAYARAN

JUMLAH BAYARAN

Fees Perancang

RM3000 per ekar

Fees Juru Ukur

RM3000 per ekar

Fees Jurutera

RM3000 per ekar

Fess Peguam

2.5% daripada harga jual beli

Permohonan Pecah Bahagi & Tukar Syarat di Pejabat Tanah

RM1000 per Lot

Bayaran Premium

RM2000 per Lot

Lembaga Juru Ukur Tanah

RM2500

Kesimpulannya, urusan pecah tanah lot untuk mendapat geran individu dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya anda mengikut panduan yang telah diberikan. Semoga urusan anda lancar dan berjaya.

Anda juga boleh  merujuk https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/senarai-undang-undang/kanun-tanah-negara untuk panduan.

1 thought on “Cara Pecah Lot Tanah : Panduan Pecah Bahagian Tanah Individu”

Leave a Comment