Moratorium Public Bank Pinjaman Kereta : Cara Memohon Moratorium Loan Kereta 2021

Moratorium Public Bank Pinjaman Kereta : Cara Memohon Moratorium Loan Kereta 2021

Apa Itu Moratorium Public Bank Pinjaman Kereta?

Public Bank Bhd komited membantu pelanggan individu, perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdepan kesulitan kewangan dalam tempoh pandemik COVID-19 menerusi tawaran moratorium selama enam bulan bermula 7 Julai 2021. Bank itu dalam satu kenyataan berkata, tawaran moratorium selama enam bulan kepada pelanggan individu tidak mengira tahap pendapatan, sejajar dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Selain moratorium, ia berkata, pelanggan individu, perusahaan mikro dan PKS yang menghadapi kesulitan kewangan juga boleh memilih pengurangan 50 peratus bayaran ansuran bulanan selama enam bulan. Katanya, semua pengemukaan untuk pilih masuk moratorium berkenaan adalah berdasarkan perakuan sendiri oleh pelanggan dan tiada dokumen diperlukan.

moratorium public bank pinjaman kereta

Baca Juga : Cara Membuat SPGA Semakan Secara Online

Selain itu, Public Bank juga membenarkan aturan penjadualan semula dan penstrukturan semula pinjaman dan pembiayaan seperti yang diminta oleh pelanggan. Ia menegaskan bahawa pakej pembayaran balik yang ditawarkan itu adalah lengkap dan menyeluruh serta fleksibel bagi memenuhi keadaan kewangan pelanggan yang khusus. Rekod pelanggan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CRISS) juga tidak terjejas disebabkan oleh apa juga bentuk bantuan pembayaran balik COVID-19 berkenaan. Bagi memudahkan pengemukaan pilih masuk yang cekap oleh pelanggan, platform digital Public Bank membolehkan proses dalam talian terus bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan berkenaan. Public Bank telah menubuhkan talian Helpdesk khusus untuk memberi bantuan dengan lebih cekap kepada pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web Public Bank di https://www.pbebank.com.

Kredit sumber : Berita Harian

Cara Memohon Moratorium Pinjaman Kereta/Loan Kereta/Hire Purchase

Di bawah merupakan cara memohon moratorium pinjaman kereta :

Borang/Opt Out Moratorium : https://apply.pbebank.com/PbRnRForm/hp_b40sme

Selain itu, boleh rujuk di laman Public Bank : Bantuan Pembayaran Balik/Pembayaran Sewa Beli/Sewa Beli-i AITAB COVID-19 di bawah PEMULIH (TRA+) 

Sumber laman sesawang Loan Repayment Assistance Bank Negara Malaysia (BNM) untuk bank yang terlibat moratorium : https://www.bnm.gov.my

Bagi peminjam yang ingin membuat permohonan Moratorium boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

  • Borang web : Klik pada borang web, Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda, Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman, Klik hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan.
  • E-mel : Pergi laman web bank anda, Klik pada pautan e-mel yang disediakan, Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda, Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman, Klik hantar dan bank akan mengakui penerimaan.
  • Panggilan telefon : Hubungi pusat khdimat pelanggan bank anda, Panggilan anda akan dilayan dan operator akan membimbing anda sepanjang proses permohonan.

Soalan Lazim Permohonan Moratorium Public Bank Loan Kereta

Apakah Pilihan yang ada?

  1. Pelanggan diberi penangguhan ansuran selama 6 bulan dan pada
    akhir tempoh bulan ke-6, ansuran akan diteruskan pada ansuran
    bulanan asal pada bulan ke-7 dan seterusnya atau :
  2. Pelanggan perlu membayar 50% daripada ansuran bulanan sedia
    ada selama 6 bulan dan ansuran akan diteruskan pada ansuran
    bulanan asal pada bulan ke-7 dan seterusnya.

Siapakah yang layak?

  • Semua Pelanggan Individu (B40, M40 and T20)
  • Semua Pelanggan Perniagaan Perusahaan mikro
  • Semua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
    kedudukan kewangan mereka terjejas oleh pandemik
    COVID-19.

Yang di atas kecuali:

  • Perniagaan Terjejas Kredit (tertunggak melebihi 90 hari) dan
    Bankrap / Perniagaan yang tidak tertakluk pada proses Penggulungan
  • Kemudahan diluluskan selepas 30 Jun 2021

Adakah bantuan pembayaran balik/pembayaran automatik?

Tidak. Pelanggan boleh PILIH MASUK dan membuat pilihan mereka.

Pilihan boleh dikemukakan melalui :

Platform Dalam Talian atau Lengkapkan Borang PILIH MASUK / Permohonan TRA+ secara Manual Manual dan e-mel kepada
[email protected]

Sebagai alternatif, pelanggan boleh mengemukakan Borang Manual yang telah dilengkapkan kepada Cawangan Pemegang Akaun / Pusat Sewa Beli / Hab Sewa Beli di mana Sewa Beli / AITAB Sewa Beli-i diperoleh atau mana-mana Pusat Pentadbiran Kredit.

Bagaimanakah untuk mengetahui sama pilihan itu telah berjaya?

Resit akaun penerimaan permohonan akan diberi serta-merta. Makluman Kelulusan akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk pemohon individu) / 14 hari kalendar (untuk pemohon perniagaan) dari tarikh pilihan dibuat.

Nota: Berikutan pandemik COVID-19 itu, penghantaran/pengemukaan dokumen (jika ada) boleh dibuat melalui kaedah elektronik termasuk e-Penerimaan seperti yang dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna menurut Akta Perdagangan Elektronik 2006.

Sumber rujukan : FAQ Public Bank

 

1 thought on “Moratorium Public Bank Pinjaman Kereta : Cara Memohon Moratorium Loan Kereta 2021”

Leave a Comment