PENGELUARAN GCR AWAL 2022

PENGELUARAN GCR AWAL 2022

Pengeluaran GCR awal 2022 adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam khususnya. Berdasarkan Belanjawan 2022, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pengeluaran award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

BACA JUGA: CARA KIRA TUNTUTAN GCR 2022

Makluman dan peringatan untuk pengeluaran GCR awal ;

  • Sekiranya pegawai perkhidmatan telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan baki GCR yang terkumpul boleh digunakan oleh pegawai perkhidmatan tersebut sebagai CUTI REHAT pada tahun persaraan.
  • Jumlah MAKSIMUM pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah dikira sebanyak 160 hari sahaja.
  • Pengeluaran GCR awal 2022 – award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala lebihan baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai perkhidmatan tersebut.

 

Syarat Pengeluaran GCR:

Pegawai perkhidmatan yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pengeluaran GCR awal 2022 – award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
  2. Pegawai telah mencapai had umur 45 tahun;
  3. Jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan penebusan awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
  4. Pegawai hendaklah bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib;
  5. Pegawai hendaklah mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Tiada syarat lain selain daripada syarat yang dinyatakan, Oleh yang demikian, setiap permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang diterima oleh JPA adalah MUKTAMAD. Pegawai hendaklah membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengemukakan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR ini.

Namun, permohonan bagi pengeluaran GCR award wang tunai GCR yang sudah diluluskan hanya boleh ditarik balik sekiranya pembayaran masih belum dilaksanakan. Pembatalan / penarikan balik ini perlu dimaklumkan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke;

Talian : 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729
atau e-mel pertanyaan anda ke [email protected].

1 thought on “PENGELUARAN GCR AWAL 2022”

Leave a Comment