Semakan Permohonan Sekolah Khusus 2022

Semakan Permohonan Sekolah Khusus 2022

Permohonan ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 adalah layak untuk dimohon oleh semua murid yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid atau dikenali sebagai APDM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara dalam talian. Murid-murid ini perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau singkatannya PKSK yang juga menggunakan kaedah single entry point menggunakan padanan APDM. PKSK adalah pentaksiran secara berpusat untuk calon Tingkatan 1 dan 4 di Sekolah Khusus.

BACA JUGA: PEMBELIAN NO PIN ONLINE UNTUK UPU (BSN)

Untuk makluman, Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengan Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Bagi pemohon-pemohon ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022, tarikh untuk semakan kemasukan ke Sekolah Khusus 2022 dan rayuan telah diumumkan. Hanya SATU TEMPAT sahaja akan ditawarkan untuk setiap murid yang berjaya.

Berikut adalah butiran tarikh dan pautan untuk semakan permohonan Sekolah Khusus dan rayuan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

1. Semakan untuk permohonan Sekolah Khusus boleh dibuat mulai 15 Mac 2022 melalui pautan berikut:

Tingkatan 1 (SBP & SMKA) :
Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM :

 

2. Untuk permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya boleh dilakukan secara dalam talian dan akan dibuka bermula 15 Mac 2022 sehingga 29 Mac 2022 melalui pautan berikut:

Tingkatan 1 (SBP & SMKA) :
Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM :

 

Untuk yang berjaya melayakkan diri ke Sekolah Khusus 2022, TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA! Semoga anda tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan. Bagi calon yang tidak berjaya untuk pengambilan kali ini, jangan berputus asa dan terus berusaha. Calon-calon yang tidak ditawarkan masih mempunyai peluang untuk pengambilan seterusnya dengan membuat permohonan rayuan di pautan seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel ini. Semakan keputusan rayuan juga boleh disemak di pautan yang sama pada tarikh yang akan diumumkan. SEMOGA BERJAYA!

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.moe.gov.my/ 

Leave a Comment