Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (Tarikh dan Semakan)

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (Tarikh dan Semakan)

Belanjawan 2022 yang memanfaatkan golongan B40 telah mengeluarkan satu inisiatif bantuan tunai langsung yang dikenali sebagai BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM).

BACA JUGA: Permohonan Rumah Selangorku 2022

Dianggarkan 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan penerima. Permohonan BKM ini merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang. Untuk Fasa 1, peruntukan adalah berjumlah hampir RM2.0 bilion.

Pembayaran ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat untuk membuat persediaan menyambut bulan Ramadhan 1443H. Tarikh bayaran akan bermula pada 28 Mac 2022 dan dibayar secara berperingkat.

 

BKM Bujang 2022

Berikut adalah pembayaran Fasa 1 BKM  2022 bagi  BKM  bujang 2022
Tarikh: 28 Mac 2022 (Rabu)
Tarikh Pembayaran Mulai: 28 Mac 2022 – 8 April 2022
Cara Pembayaran: Terus dikreditkan ke akaun bank


BKM Isi rumah 2022

Berikut adalah pembayaran Fasa 1 BKM  2022 bagi BKM isi rumah 2022
Tarikh: 28 Mac 2022 (Rabu)
Tarikh Pembayaran Mulai: 28 Mac 2022 – 8 April 2022
Cara Pembayaran: Terus dikreditkan ke akaun bank


BKM Warga emas 2022

Berikut adalah pembayaran Fasa 1 BKM  2022 bagi, BKM warga emas
Tarikh: 28 Mac 2022 (Rabu)
Tarikh Pembayaran Mulai: 28 Mac 2022 – 8 April 2022
Cara Pembayaran: Terus dikreditkan ke akaun bank


BKM penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak).
Tarikh: 28 Mac 2022 (Rabu)
Tarikh Pembayaran Mulai: 30 Mac 2022
Cara Pembayaran: Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

BACA JUGA: Jawatan Kosong Kelantan Perkhidmatan Awam 2022

 

Semak BKM 2022

Semakan bayaran bantuan keluarga malaysia 2022 boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my

Untuk permohonan yang tidak diluluskan, jangan risau. Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.  Rayuan boleh dikemukakan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

 

Leave a Comment