Jawatan Kosong Kelantan Awam 2022

Jawatan Kosong Kelantan Perkhidmatan Awam 2022

Anda sedang mencari peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam di negeri Kelantan?
Jawatan Kosong Kelantan Perkhidmatan Awam 2022 TERKINI!
Jangan lepaskan peluang yang ada di depan mata.
Persiapkan diri dan segera mohon untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

BACA JUGA: Tempat Menarik Cameron Highland 2022

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan mempunyai peranan penting merangkumi aspek Pengurusan Sumber Manusia di negeri Kelantan. Bidang tugas dan tanggungjawab yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri. Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab terhadap semua kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan dalam pelbagai kategori yang mana ia merangkumi semua jenis jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

 

Jom kita tengok peluang kerjaya TERKINI dalam PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN bagi tahun 2022.

Peluang kerjaya ini adalah terbuka untuk warganegara Malaysia untuk mengisi KEKOSONGAN JAWATAN untuk pelbagai kategori seperti yang berikut:

  • Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  • Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
  • Penolong Jurutera Gred JA29
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  • Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Penghantar Notis Gred N11

Permohonan ini dibuka bermula 15 MAC 2022 sehingga 28 MAC 2022. 

Maklumat mengenai permohonan kekosongan jawatan ini adalah merupakan info yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Pastikan anda menyemak keperluan syarat-syarat permohonan jawatan mengikut gred dan bidang tugas jawatan yang di iklankan.

Kepada calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan ini boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui pautan pada laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan di www.spn.kelantan.gov.my.

*Info akan di ‘UPDATE’ dari semasa ke semasa untuk lebih maklumat.*

———————————————————————————

Lokasi:
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri
Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan

———————————————————————————-

Selamat berjaya diucapkan kepada semua calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon!  Lebih info jawatan kosong akan dikongsikan di website ini!

BACA JUGA: CARA KIRA TUNTUTAN GCR 2022

Iklan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan 2022 jawatan kosong kelantan 2022

Untuk lebih info, boleh layari laman web rasmi yang berkenaan:
https://spn.kelantan.gov.my/

atau di talian 09-7485089.

 

1 thought on “Jawatan Kosong Kelantan Awam 2022”

Leave a Comment