Permohonan Pinjaman MARA 2022

Permohonan Pinjaman MARA Diploma/Ijazah 2022

Permohonan pinjaman ini khusus untuk peringkat Diploma dan Ijazah sahaja.
Program ini dikenali sebagai Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP).

BACA JUGA: PEMBELIAN NO PIN ONLINE UNTUK UPU (BSN)

Program ini dikhususkan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil dan Diploma untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di dalam bidang dan institusi dalam negara yang telah ditetapkan oleh MARA.


SYARAT UMUM PERMOHONAN

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera.
  • Ibu dan bapa atau Penjaga serta pelajar TIDAK disenaraihitam oleh MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
  • Kursus yang diikuti adalah kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional Malaysia
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
  • Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini (bagi yang berkaitan).


SYARAT AKADEMIK PERMOHONAN

  • Tertakluk kepada dasar dan syarat-syarat yang sedang berkuatkuasa.

Had umur dan tempoh pengajian  mengikut program :

PERINGKAT HAD UMUR TEMPOH PENGAJIANSEPENUH MASA TEMPOH PENGAJIANSEPARUH MASA
Diploma < 35 tahun 2.5 hingga 3 tahun
Ijazah Sarjana Muda < 40 tahun 3 hingga 4 tahun
Ijazah Sarjana/Profesional < 45 tahun 2 tahun 1 hingga 2 tahun
Kepakaran / Doktor Falsafah < 45 tahun 4 tahun 3 hingga 5 tahun

Semua calon yang berkelayakan, boleh meneruskan Permohonan Pinjaman MARA 2022.

Kelayakan pinjaman samada Pinjaman Penuh atau Pinjaman Sebahagian adalah berdasarkan SES (SocioEconomic Status atau kemampuan ekonomi dan status sosial keluarga pemohon).

Selamat berjaya diucapkan kepada semua yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah.

Untuk lebih info, sila layari laman Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA): https://www.mara.gov.my/

Leave a Comment