Pengeluaran KWSP 10K ONE OFF 2022

PENGELUARAN KWSP 10K ONE OFF 2022

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kelulusan untuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off pada 16 Mac 2022. Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan jenis pengeluaran KWSP melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Penjelasan terperinci berkenaan pengeluaran KWSP 10k terkini akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz dan pihak KWSP dalam masa terdekat. 

BACA JUGA: Permohonan Rumah Selangorku 2022

Sebagai persediaan, kami kongsikan sistem e-Pengeluaran yang telah diperkenalkan oleh KWSP untuk memudahkan para pencarumnya.  Sistem e-Pengeluaran ialah sistem pengeluaran secara dalam talian (online) melalui laman web rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.

Syarat Kelayakan Pengeluaran

  • Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP

BACA JUGA: PEMBELIAN NO PIN ONLINE UNTUK UPU (BSN)

BACA JUGA: Jawatan Kosong Kelantan Perkhidmatan Awam 2022

Langkah-Langkah Mudah i-Pengeluaran

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP: www.kwsp.gov.my.
    Jika belum menjadi ahli, sila Daftar.
  2. Sahkan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia)
  3. Isi butiran permohonan pengeluaran
  4.  Hanntar pengesahan identiti menggunakan Transaction Authorisation Code (TAC) yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP
  5. Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran
  6. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP
  7. Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan di laman web rasmi KWSP:
https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry

Permohonan pengeluaran KWSP 10k secara one off adalah satu kemudahan yang disediakan kerajaan untuk mereka yang khususnya masih terkesan dengan pandemik sebelum ini. Oleh itu Perdana Menteri memberi nasihat unutk membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat pengeluaran, demi masa depan.

Leave a Comment