CARA KIRA TUNTUTAN GCR

CARA KIRA TUNTUTAN GCR 2022

CARA KIRA TUNTUTAN GCR 2022: GCR adalah Gantian Cuti Rehat yang boleh ditebus secara tunai berdasarkan pengumuman bajet 2022 untuk penjawat awam dan juga kakitangan kerajaan.

Seperti yang kita tahu, untuk bajet 2022 , kerajaan telah memberikan banyak sumber bantuan bagi pekerja-pekerja tidak kiralah kakitangan kerajaan ataupun penjawat awam. Hal ini kerana, dengan ekonomi yang makin maju ini, mereka ingin mengurangkan beban dan juga bertujuan untuk memberikan atau menyalurkan lebih banyak bantuan seperti Gantian Cuti Rehat atau GCR ini.

Namun begitu, sudahkah kita tahu bahawa, pekerja awam mahupun kakitangan kerajaan yang sudah bekerja selama 15 tahun dan lebih dapat memohon atau layak untuk menebus atau memohon GCR 2022 ini minimum 50% atau 80 hari. 

BACA JUGA: PENGELUARAN GCR AWAL 2022

Pemohon boleh membuat permohonan awal mengikut Inisiatif 2, Kebajikan Penjawat Awam.
Untuk memohon GCR atau Gantian Cuti Rehat, anda boleh melayari laman web https://www.jpa.gov.my/

——————————————————————–

CARA KIRA GANTIAN CUTI REHAT 2022

FORMULA:
1/30 x Cuti Rehat Dikumpul (Maksimum 150 hari) x ( Gaji Akhir + Imbuhan Tetap )

—————————————————————–

Berdasarkan formula yang telah ditetapkan dalam belanjawan 2022, cara kira gantian cuti rehat ini telah dilihat dan boleh dimohon jika cuti rehat dikumpul adalah minima 80 hari dan maksimum 150 hari. Namun begitu, bagi penjawat awam dahulu, mereka boleh menebus hanya maksimum 75 hari sahaja.

Jangan sedih , terdapat berita yang sangat menyenangkan untuk penjawat awam kerana berdasarkan pembentangan bajet belanjawan 2022, dahulu jumlah cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan maksimum / GCR adalah 150 hari sahaja, tetapi kerajaan telah naikkan kepada 160 hari bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam di Malaysia selama ini.

Sebagai contoh:
Jumlah cuti rehat yang terkumpul untuk 15 tahun: 120 hari
Gaji Akhir + Imbuhan Tetap: RM6500

Menggunakan formula yang telah ditetapkan :
1/30 x 120 hari x RM6500 = RM26000

Berdasarkan contoh pengiraan yang telah ditunjukkan, anda akan memperoleh RM26000 melalui tebusan tunai wang Gantian Cuti Rehat atau GCR.

 

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke;
Talian : 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729
atau e-mel pertanyaan anda ke [email protected].

Untuk lebih lanjut, boleh layari https://budget.mof.gov.my/2022/ 

2 thoughts on “CARA KIRA TUNTUTAN GCR”

Leave a Comment