Permohonan Rumah Selangorku 2022

Permohonan Rumah Selangorku 2022

Rumah Selangorku adalah salah satu konsep yang menggantikan penggunaan Rumah Mampu Milik yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor. Objektif utama Rumah Selangorku adalah untuk merealisasikan Satu keluarga Satu Kediaman yang Sempurna. 

Harga Rumah Selangorku adalah harga mampu milik iaitu tidak melebihi RM250,000.00 seunit tertakluk kepada jenis rumah, keluasan, lokasi dan fasiliti yang disediakan.


LOKASI RUMAH SELANGORKU

Senarai projek rumah boleh disemak di laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor:  http://lphs.selangor.gov.my

BACA JUGA: Jawatan Kosong Kelantan Perkhidmatan Awam 2022

Jom semak syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan bagi Rumah Selangorku.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan minimum untuk memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D adalah ditetapkan RM3,0001.00 sebulan
  • Permohonan Jenis A: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan. Tidak dibenarkan untuk pendapatan isi rumah melebihi RM3,0001.00 sebulan.
  • Permohonan Jenis B, C dan D: Pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan. Juga dibenarkan untuk membuat pilihan jenis ini bagi pendapatan isi rumah tidak melbihi RM3,000.00 sebulan
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan jenis rumah
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di negeri Selangor
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Pendapatan: (i) Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri; (ii) Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja

SEKADAR PERINGATAN BERSAMA!
Pemohon yang menolak tawaran Rumah Selangorku akan menyebabkan nama pemohon DISENARAI HITAMKAN  dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh 2 tahun.

Untuk lebih info,  sila layari laman web
http://lphs.selangor.gov.my

 

1 thought on “Permohonan Rumah Selangorku 2022”

Leave a Comment