PEMBELIAN NO PIN ONLINE UNTUK UPU (BSN)

PEMBELIAN NO PIN ONLINE UNTUK UPU (BSN)

Makluman umum untuk pembelian no pin online:

Pembelian No Pin online untuk UPU  (BSN) adalah dikecualikan bagi pemohon kali pertama bagi Sesi 2022/2023 berikutan bencana Covid-19 pada tahun-tahun sebelum ini. Kementerian Pengajian Tinggi akan menanggung proses pembayaran sistem UPU bagi tahun ini. Maka, permohonan UPUOnline terus secara PERCUMA.  

Oleh itu, perkongsian di bawah sebagai panduan bagi tahun sebelumnya.

  1. Pembelian mulai Februari sehingga Mac. 
  2. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.
  3. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM), Perbankan SMS/Internet dan Ejen Bank Berdaftar (EBB)
  4. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.
  5. Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja (tidak dikenakan SST).
  6.  Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian di kaunter BSN.
  7. Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon. 
  8. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID
  9. Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.

BACA JUGA: Cara Memohon PTPTN Online : Panduan Memohon Pinjaman PTPTN

Berikut dikongsikan cara-cara dalam membuat pembelian No. Pin Unik ID BSN di seluruh Malaysia.

  1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pemohon boleh datang ke mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia.
  • Pemohon perlu membawa Kad Pengenalan Diri/MyKad dan salinannya.
  • Membuat pembayaran  sebanyak RM15.60 (tidak termasuk SST).
  • Pihak BSN akan mencetak resit bersama No. Pin Unik ID kepada anda.
  1. Automated Teller Machine (ATM) BSN
  • Pemohon atau ibu bapa pemohon perlu memiliki akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN.
  • Selain itu, pemohon turut mempunyai pilihan untuk meminjam atau menggunakan kad BSN daripada saudara-mara jika pemohon tidak memiliki kad BSN sendiri.
  • Langkah pembelian melalui ATM BSN adalah seperti berikut:
  1. Masukkan kad ATM dan nombor pin
  2. Pilih urusan “BELI PIN”
  3.  Pilih jenis permohonan “IPTA”
  4. Pilih jenis program contohnya “SPM” atau “STPM” atau lain-lain.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri/MyKad pemohon. Tekan “YA” untuk meneruskan urusan.
  6. Semak maklumat pembelian  no pin bsn online. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan.
  7. Tunggu sehingga resit selesai dicetak. Simpan resit untuk rujukan pada masa depan.

    3. Perbankan SMS

  • Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan perbankan SMS. Anda boleh mendaftar di kaunter, CDM (Cash Deposit Machine) atau ATM (Automated Teller Machine).
  • Juga memerlukan pemohon untuk mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN.
  • Berikut adalah langkah atau cara untuk mendaftar perbankan SMS di ATM atau CDM.
  1. Masukkan Kad BSN dan pilih bahasa.
  2. Masukkan nombor pin dan pilih “URUSAN LAIN”.
  3.  Pilih “PERBANKAN SMS” dan pilih “PENDAFTARAN”.
  4. Masukkan nombor telefon bimbit terkini.
  5. Urusan telah berjaya dan resit akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6. SMS “Pendaftaran Berjaya” akan diterima melalui nombor telefon yang telah didaftarkan tadi.
  7. Kemudian, barulah pemohon boleh membeli No. Pin Unik ID melalui SMS menggunakan cara berikut:

    4. Perbankan Internet – MyBSN
    Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:
  1. Log masuk ke dalam akaun MyBSN.
  2. Klik “PIN PURCHASE”
  3.  Pilih “Organization UPU”
  4. Pilih Program “LEPASAN SPM” atau “LEPASAN STPM/SETARAF”.
  5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.

 

  1. Ejen Bank Berdaftar (EBB)

Pemohon yang tidak mempunyai akaun BSN atau kad ATM BSN boleh membeli nombor PIN melalui ejen bank berdaftar yang lazimnya terdapat di kedai-kedai runcit berdekatan anda.

————————————————————————————————————–

Jenis Pembelian Pin di BSN

Selain daripada permohonan UPU, No. Pin Unik ID turut digunakan melibatkan urusan permohonan seperti berikut:

  1. Program Matrikulasi
  2. Melanjutkan pelajaran ke UITM
  3. Melanjutkan pelajaran ke PPUM
  4. Melanjutkan pelajaran ke UNISEL
  5. Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET, STPM dan lain-lain)
  6. Permohonan Pinjaman PTPTN

Semoga perkongsian panduan cara membeli Nombor Pin Unik ID UPU di BSN boleh dijadikan panduan buat pemohon kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan yang dihajati.

 

Makluman Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan UPUOnline boleh hubungi nombor yang tertera: Atau anda boleh terus ke laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my/

4 thoughts on “PEMBELIAN NO PIN ONLINE UNTUK UPU (BSN)”

Leave a Comment