Cara Memohon PTPTN Online : Panduan Memohon Pinjaman PTPTN

Cara Memohon PTPN Online : Panduan Memohon Pinjaman PTPTN

Apabila ditawarkan pengajian, pastinya kos pengajian menjadi mimpi ngeri untuk pelajar. Kebanyakkan pelajar akan mengambil keputusan untuk memohon PTPTN dan disini kami akan kongsikan cara mohon PTPTN secara online. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sebuah perbadanan yang menguruskan dana dan pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar. Sebelum dihuraikan lebih lanjut cara mohon PTPTN secara online ada baiknya syarat permohonan PTPTN diketahui terlebih dahulu.

cara memohon ptptn online

Syarat-syarat Permohonan PTPTN

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.

3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN*.

5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.

6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas.

7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.

8. Tiada penaja lain.

9. Telah membuka akaun SSPN-i**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Baca juga : Permohonan Bantuan Pendidikan

Bagaimana cara mohon PTPTN Online

1. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke IPT.
2. Pemohon perlu membeli No. PTPTN bernilai RM 5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
3. Pemohon perlu menyemak tarikh tutup permohonan (Klik sini).
4. Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.

Permohonan online PTPTN

Sekiranya anda ingin membuat permohonan online PTPTN anda boleh terus ke alamat yang disertakan oleh Portal PTPTN ( Maklumat Lanjut )

Sebelum membuat permohonan ada baiknya anda teliti dulu informasi penting yang ditulis pada tei sebelah kiri laman web itu nanti.

3 thoughts on “Cara Memohon PTPTN Online : Panduan Memohon Pinjaman PTPTN”

Leave a Comment