Cara Tukar Duit Syiling : Panduan Menukar Duit Syiling di Maybank

Cara Tukar Duit Syiling : Panduan Menukar Duit Syiling di Maybank

Sekiranya anda mempunyai tabungan syiling yang penuh dan ingin memasukkan dalam akaun, anda sekarang boleh tukar je di mesin deposit syiling yang terdapat di bank-bank seluruh Malaysia. Tetapi bukan semua cawangan yang mempunyai mesin deposit syiling ni. Disini kami kongsikan cara bagi Maybank. Tetapi bagi bank-bank lain kaedah yang juga sama yang pastinya anda mempunyai akaun dengan bank tersebut.

cara tukar duit syiling

TIPS SEBELUM TUKAR DUIT SYILING

Sebelum anda menukar duit duit syiling, pastikan anda mengikuti tips di bawah:

  1. Pastikan anda pergi ke bank yang mana anda mempunyai akaun dengan bank tersebut.
  2. Telefon dahulu bank untuk semak availability mesin itu. Mana tahu under maintenance, atau sudah tiada lagi.
  3. Waktu operasi bank adalah bermula jam 9:15 am sehingga 4:30 am. Mesin ini juga mengikut waktu operasi bank. Sebab resit yang diterima perlu diserahkan di kaunter khidmat pelanggan semula.
  4. Resit yang dikeluarkan oleh mesin adalah valid untuk satu hari sahaja. Sebaik sahaja anda menerima resit daripada mesin, terus bagi balik di kaunter.
  5. Pastikan hanya syiling duit Malaysia sahaja yang di terima semasa pengiraan. Duit syiling dari negara lain tidak akan di kira.
  6. Sebaiknya kira dahulu wang syiling anda untuk kepastian nila sama atau tidak semasa penggiraan di mesin nanti.

 

CAWANGAN BANK YANG MEMPUNYAI COIN DEPOSIT MECHINE

Bukan semua bank yang menyediakan Coin Deposit Mechine, hanya di cawangan tertentu sahaja. Untuk dapatkan senarai penuh lokasi tersebut,

boleh rujuk di website Bank Negara: https://www.bnm.gov.my/documents/20124/65403/CoDM_location.pdf

 

CARA TUKAR DUIT SYILING

Berikut adalah cara tukar duit syiling bagi Maybank:

  1. Pergi ke cawangan Maybank yang mempunyai Coin Deposit Mechine.
  2. Pada mesin tersebut pilih bahasa pilihan anda sama ada Bahasa Melayu atau English.
  3. Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen baru dan lama.
  4. Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yang tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
  5. Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil.
  6. Serahkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no akaun dan jumlah wang syiling yang dah di deposit tadi.
  7. Wang anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari yang sama (jika anda pergi bank pada waktu pagi).

Baca juga : Kelendar Gaji Penjawat Awam

Leave a Comment