Semakan Penyata KWSP Online : Panduan Membuat Semakan KWSP Onilne

Semakan Penyata KWSP Online : Panduan Membuat Semakan KWSP Onilne

Macam mana nak buat semakan penyata KWSP secara online?

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan. i-Akaun membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2. Terkini, pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan boleh dimohon bermula 1 April melalui i-Lestari KWSP.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

semakan penyata kwsp online

Pendaftaran i-Akaun

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun. Untuk mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS. Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun
  9. Terlupa Kata Laluan

 

Untuk anda yang terlupa kata laluan, sila ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari portal rasmi kwsp.gov.my
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun
  3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan
  4. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP
  5. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan nombor TAC
  6. Masukkan nombor TAC yang diterima tadi
  7. Cipta kata laluan baru contoh abcd1234
  8. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar
  9. Semakan Penyata KWSP Online
  10. Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.

 

Cara Semakan Penyata KWSP 

  1. Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran. https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login.
  3. Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
  4. Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.
  5. Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“.

 

Baca Juga : Cara Memohon PTPTN Online

1 thought on “Semakan Penyata KWSP Online : Panduan Membuat Semakan KWSP Onilne”

Leave a Comment