Tempat Menarik Cameron Highland 2022

Tempat Menarik Cameron Highland 2022

Malaysia bakal memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April 2022 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Selepas dua tahun kita berdepan dan bersabar dengan pandemik Covid-19, kini kita boleh merancang perjalanan dan percutian untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

BACA JUGA: QR CODE MYSEJAHTERA UNTUK MAJLIS / KENDURI /PROGRAM

Salah satu tempat yang boleh dituju ialah Cameron Highland yang terletak di Pahang. Sesiapa yang ingin merasai suasana sejuk seperti di luar negara boleh merancang perjalanan anda ke tempat percutian ini.

Ini adalah dua lokasi yang menarik di Cameron Highland untuk dilakukan bersama keluarga dan sesuai untuk membawa kanak-kanak.

 

  • Kampung Taman Sedia

Ini merupakan salah satu perkampungan Melayu di Cameron Highland yang mengusahakan banyak ladang strawberi dan sayur. Pengunjung boleh merasai pengalaman memetik buah strawberi dan merasai kesegaran buah strawberi yang terdapat di sana. Harganya juga berpatutan untuk para pengunjung. Bagi peminat strawberi, anda tidak akan menyesal berkunjung ke sini. Tidak ketinggalan, terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman berasaskan strawberi. Paling menarik, menu teh tarik strawberi dan nasi lemak strawberi yang agak popular di sini.

  • Ladang Teh Cameron Valley 

Ladang ini juga dikenali sebagai teh Bharat. Pengunjung boleh menikmati pelbagai perisa teh sambil menikmati pemandangan ladang teh yang indah. Lokasi ini amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Anda boleh masuk ke ladang teh dan merasainya sendiri. Ada sedikit bayaran yang akan dikenakan iaitu RM3 untuk seorang dewasa, bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma. Lebih menarik, ladang teh ini terdapat di tiga lokasi berbeza iaitu dua tea house di Tanah Rata dan satu di Kuala Terla.

RANCANGLAH PERJALANAN DAN PERCUTIAN ANDA DI FASA ENDEMIK NANTI. PALING UTAMA, KESELAMATAN DAN KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA PERLU MENJADI ‘PRIORITY’ DALAM SETIAP PERCUTIAN.

Sekadar cadangan untuk yang tidak suka bersesak-sesak, anda boleh merancang percutian anda di tempat menarik Cameron Highland pada waktu yang bukan CUTI UMUM. Anda akan dapat lebih menikmati suasana dan masa anda jika boleh merancang ke sana selain daripada CUTI UMUM.

Untuk lebih tempat percutian menarik di Malaysia, anda boleh layari laman web Tourism Malaysia:
https://www.tourism.gov.my/ 

2 thoughts on “Tempat Menarik Cameron Highland 2022”

Leave a Comment