Tukar Debit Card Maybank Online

Tukar Debit Card Maybank Online

ALAMAK! Kad debit Maybank dah expired?
Apa yang harus pemegang kad buat jika kad bank dah tak boleh digunakan?
Tiada masa ke cawangan Maybank untuk menukar kad debit yang baru?
Jangan risau! Maybank telah memudahkan penggunanya untuk menukar kad debit secara online.

BACA JUGA: Tempat Menarik Cameron Highland 2022

  • Apa yang perlu dilakukan sekiranya kad debit telah tamat tempoh?
    Anda boleh terus menukar kad debit melalui aplikasi Maybank2u sekiranya anda tidak berkesempatan ke cawangan atau kiosk yang berhampiran.
  • Siapa yang boleh memohon untuk penukaran kad debit melalui Maybank2u?
    Semua pemegang kad debit Maybank boleh memohon untuk apa-apa sebab kecuali jika melibatkan kehilangan/kecurian kad atau lupa nombor pin.

Jom kita tengok cara tukar debit card Maybank online melalui Maybank2u:

  1. Log masuk ke aplikasi Maybank2u
  2. Pergi ke ‘SETTING’ dan pilih ‘CARDS’
  3. Lihat ‘MANAGE DEBIT CARDS’ dan terus ke ‘DEBIT CARD – REPLACE, ACTIVATE & BLOCK’, kemudian pilih ‘REPLACE CARD’
  4. Ikut semua arahan di atas skrin untuk menyelesaikan semua langkah-langkah (pastikan alamat yang diberi adalah tepat) dan tekan ‘SUBMIT’
  5. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon pengguna selepas di’request’. Seterusnya klik CONFIRM.
  6. Anda akan dapat COMPLETION MESSAGE yang menyatakan YOUR CARD HAS BEEN REPLACED. YOU CARD WILL BE SENT TO YOUR ADDRESS.

Kad debit yang baru akan diterima dalam sembilan (9) hari waktu bekerja untuk alamat di Malaysia, daripada tarikh penghantaran permohonan melalui Maybank2u.

Paling best, TIADA REPLACEMENT FEE akan dikenakan untuk proses secara dalam talian ini.

PERLU DIINGATKAN, SEBAIK SAHAJA KAD DEBIT YANG BARU TELAH DIAKTIFKAN, KAD DEBIT YANG LAMA AKAN DE-ACTIVATED. ANDA BOLEH PATAHKAN KAD DEBIT YANG LAMA SEBAIK SAHAJA MENERIMA KAD DEBIT BARU.

Mudah bukan? Pastikan anda menggunakan Maybank2u untuk memudahkan urusan sebagai pengguna kad debit Maybank. Yang pasti, anda tidak perlu lagi beratur dan menunggu di cawangan Maybank semata-mata untuk menukar kad debit yang expired. Anda jugak dapat mengurangkan risiko penularan Covid-19!

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web berikut:
https://www.maybank2u.com.my/ 

Leave a Comment