Semakan Keputusan UPU Online 2021 Kemasukan Ke UA/IPTA
Keputusan UPU bagi permohonan lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.
Untuk makluman semua lepasan SPM Setaraf yang telah membuat permohonan UPU 2021/2022, berikut merupakan maklumat mengenai semakan panggilan ujian, panggilan temuduga, dan keputusan permohonan UPU Online untuk lepasan SPM Setaraf bagi sesi akademik 2021/2022.
Panduan buat pemohon yang membuat permohonan UPU 2021 ke UA/ IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2021/2022.
CHECK TARIKH PENTING UPU ONLINE 2021/2022
- Semakan Hebahan Keputusan UPU ONLINE Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022
- Tempoh Setuju Terima Tawaran UPU ONLINE : Mulai 17 Julai 2021 hingga 26 Julai 2021
- Hebahan UPU ONLINE dibuka : 16 Julai 2021 Bermula 12 Tengahari Hingga 25 julai 2021 Jam 5.00 Petang
Cara Semakan Keputusan UPU Online
Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah.
- Timur: Portal UMT
- Utara: Portal UUM
- Selatan: Portal UTM
- Sabah: Portal UMS
- Sarawak: Portal UNIMAS
Semakan boleh dibuat pada laman pautan yang disediakan dibawah :
- Layarai laman web UPU : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Pilih kategori yang hendak disemak.
- Klik masuk.
PESANAN: Kemungkinan laman semakan akan sedikit lembab. Ini disebabkan ianya diakses oleh ramai pengguna pada masa serentak, sebagai alternatif, boleh guna perkhidmatan SMS untuk membuat semakan lebih cepat jika tiada internet.
Cara Semak Keputusan UPU Secara SMS
Untuk Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier
Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
Untuk Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)
Taipkan: UPU <jarak> TVET <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
Semakan Rayuan Keputusan UPU Dan Permohonan Rayuan UPU
Semakan permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPU Online akan dibuka selama 11 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.
Tarikh Buka Rayuan : 16 Julai 2021 (Jumaat, jam 12.00 tengah hari)
Tarikh Tutup Rayuan : 26 Julai 2021 (Isnin, jam 5.00 petang)
Sila Klik : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline
2 thoughts on “Semakan Keputusan UPU Online 2021 Kemasukan Ke UA/IPTA”