SPGA Semakan : Sistem Potongan Gaji Biro Angkasa Bagi Kakitangan Awam 2021
Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) merupakan satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA). SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Oleh itu anda sudah boleh semak ketepatan dan pecahan potongan setiap bulan dan juga sejarah potongan terkebelakang.
Baca Juga : Semakan Keputusan UPU Online 2021 Kemasukan Ke UA/IPTA
Cara Membuat SPGA Semakan Secara Online
Untuk membuat semakan status anda adalah :
Sila klik laman sesawang rasmi yang dikongsikan di bawah dan anda dikehendaki daftar keahlian di link tersebut :
Link semakan SPGA : https://www.sola.my/…/pages/espga_semakanDS/spga_SLGN.aspx
Bagi pendaftaran kali pertama dan login masuk seperti di bawah :
- Tekan pada Tab Daftar Keahlian
- Masukkan NOKP Awam/Polis/Tentera (Bagi Tentera : T-Tentera Biasa, F-Pegawai Tentera Udara, N-Pegawai Tentera Laut, A-Pegawai Tentera Darat)
- Tekan pada butang Semak Status Keahlian
- Masukkan nombor telefon bimbit
- Masukkan nama ibu anda
- Tekan pada butang Daftar
- Kata Laluan dihantar ke telefon bimbit yang aktif
- Tab Log Masuk
- Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera yang didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan, pastikan anda mengingat kata laluan yang anda tetapkan ini
- Tekan butang Log Masuk
- Pilih Bulan dan Tahun dan tekan butang semak
- Tekan butang Info Lanjut untuk potongan terperinci
- Tekan pada butang Cetak jika anda ingin cetak atau simpan laporan
- Tekan butang Log Keluar jika urusan anda telah selesai
Bagaimana Cara Tukar Password/Kata Laluan SPGA Semakan?
- Tekan pada Tab Log Masuk
- Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera
- Tekan pada butang Lupa/Tukar Kata Laluan
- Masukkan Nama Ibu
- Masukkan Kata Laluan Baru, pastikan anda mencatatnya untuk mengelakan anda terlupa
- Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baru
- Tekan butang Tukar Kata Laluan
Cara Membuat Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa
Cara membuat semakan potongan gaji, anda boleh menggunakan cara seperti berikut:
Melalui e-mel:
[email protected]
[email protected]
Melalui surat:
Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan
Wisma Ungku A.Aziz
Jalan SS 6/1, Peti Surat 8797
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Melalui kiosk:
Melalui telefon: 03-7802 2400
Maklumat Lanjut Laman Web Angkasa Dan Talian Hotline Centre SPGA
- Web Angkasa : http://www.angkasa.coop/
- Hotline Centre SPGA : 03-78022400
1 thought on “SPGA Semakan : Sistem Potongan Gaji Biro Angkasa Bagi Kakitangan Awam 2021”